Siapakah 7 MP yang dikatakan bakal jadi ‘KATAK’?

Oleh – Bakhtiar Omar


Siapakah 7 MP yang dikatakan bakal jadi 'KATAK'?

 

Spekulasi mengenai percaturan selepas Pilihanraya Negeri2023 semakin panas dengan desas-desus ada 7 MP yang dikatakan bekal jadi ‘KATAK’.

Gossip politik ini turut mengaitkan seorang veteran politik yang dikatakan sanggup membelanjakan sehingga USD1 billion untuk membeli 7 ahli parlimen?

Berapa ‘habuan’ yang bakal diterima oleh 7 MP tersebut masih belum diketahui, namun demikian dipercayai boleh mencecah ratusan juta ringgit.

Semua ini dikatakan ada kaitan dengan siasatan yang dijalankan pihak berkuasa terhadap individu tertentu (veteran politik) berkaitan penyalahgunaan kuasa ketika mereka masih bergelar ahli politik.

Apabila pihak berkuasa memulakan siasatan, berlaku tuding-menuding dimana akhirnya perancang utama sebenarnya telah berjaya ‘melepaskan diri’ dan ‘mencuci tangan’ lebih awal.

Akibat tidak puashati, berlaku saman-menyaman dikalangan mereka sendiri (kroni dan perancang), manakala pencatur mulai rasa cemas kerana segalanya bakal terbongkar sekiranya siasatan diteruskan pihak berkuasa.

Segala kerosakan serta ‘hasil samun’ ketika perancang dan pencatur berkuasa akan terbongkar selagi Kerajaan sediada tidak bertukar dan untuk melepaskan segala tindakan.

Untuk melaksanakan agenda tersebut, ahli parlimen perlu diyakinkan untuk menyebelahi (mereka) bagi membolehkan pertukaran Kerajaan boleh dilakukan pada kadar segera.

Ingat lagi spekulasi serta propaganda pihak tertentu sebelum PRN 2023 berlaku? Antara propaganda paling ‘laku keras’ ialah, selepas Ogos 2023, Kerajaan akan bertukar dan Perdana Menteri turut bertukar.

Siapakah 7 MP yang dikatakan bakal jadi 'KATAK'?
Sumber – Facebook

‘PENTAKSUB POLITIK’ BERJAYA DIBODOHKAN DALAM PRN 6 NEGERI

Propaganda tersebut menerima sambutan yang sangat baik dikalangan ‘pentaksub politik’ yang berjaya di’bodoh’kan ahli politik.

Bagi mereka, inilah peluang terbaik untuk menukar kerajaan sedangkan tanpa sedar mereka (pentaksub politik) terpedaya dengan dakyah ‘politik bodoh’. Pertukaran Kerajaan Negeri tidak boleh menyebabkan Kerajaan Persekutuan bertukar selagi ada sokongan majoriti di Parlimen.

Hanya selepas selesai PRN 6 Negeri, para pentaksub politik baru sedar mereka sebenarnya tertipu. Oleh demikian, satu gerakan lain perlu digerakan bagi menutup ‘pembohongan’ awal yang telah dilakukan.

Tetapi, kali ini gerakan lebih tertumpu untuk menyelamatkan individu tertentu dari diheret ke Mahkamah atas kesalahan sewaktu berkuasa. 

Spekulasi kuat menyatakan pertukaran sokongan akan berlaku menerusi undian yang akan dilakukan dalam Parlimen bagi melindungi identiti 7 ahli Parlimen terbabit.

Siapakah mereka yang terbabit?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker