CABAR DAROYAH LETAK JAWATAN ADUN, MB SELANGOR SOROK KERETAKAN PH SELANGOR?

KERAJAAN PH SELANGOR AKAN TUMBANG?

Menteri Besar Selangor seakan resah dengantindakan Adun Sementa merangkap Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Daroyah Alwi meletakkan jawatannya semalam.



AMIRUDIN DESAK DAROYAH LETAK JAWATAN ADUN

Dato Seri Amirudin Sahri mengecam tindakan Daroyah dan menyifatkan tindakan meletakkan jawatan sebagai mengkhianati mandat rakyat. Beliau kemudian mencabar agar Daroyah melepaskan kedudukannya sebagai Adun Sementa dan mahu Pilihanraya Kecil diadakan.

Kenyataan Amirudin seperti mahu menyorokkan keresahan kerajaan negeri yang dikatakan sedang berdepan krisis kepercayaan Ahli PKR dan beberapa Adun dari sekutu dalam Pakatan Harapan. Desas-desus berlegar menyatakan beberapa orang Adun PH akan mengikut jejak Daroyah sekaligus mengurangkan atau akan menyebabkan PH hilang majoriti dalam Dewan Negeri Selangor. Tidak dapat dipastikan samada benar atau tidak desas-desus tersebut namun cabaran Amirudin nampak ada kebenaran khabar tersebut.

PRN SELANGOR?



Mungkinkah Amirudin akan bertindak membubarkan Dewan Negeri Selangor jika benar berlaku gerakan keluar parti beramai-ramai dilakukan Adun Selangor? Semalam Daroyah menyatakan beliau hilang kepercayaan terhadap Presiden PKR hingga membawa kepada pelepasan jawatannya.

Apakah Selangor akan menurut langkah Kedah yang bertukar kerajaan negeri setelah Mukhriz Mahathir kehilangan sokongan Adun Kedah sekaligus mencipta rekod 2 kali meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar?

Perlu diingatkan pengaruh Azmin Ali dalam PKR masih berbisan dan Anwar sendiri tidak mampu menangkis serangan jika Azmin melancarkan serangan bertubi. Mungkinkah Azmin merupakan ‘Operator Selangor’ yang akan menumbangkan PH Selangor?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button