Hishamuddin beri gambaran akan bertanding

Presiden, Timbalan Presiden atau sekadar Operator?

Oleh – Bakhtiar Omar


Hishamuddin beri gambaran akan bertanding

Bekas Naib Presiden, Hishamuddin Hussein Onn, memberi gambaran beliau akan kembali bertanding jawatan tertinggi dalam Umno pada pemilihan akan datang.

Hishamuddin tidak mempertahankan jawatan beliau pada pemilihan 2018 selepas BN kalah dalam PRU14, tampil sebagai Menteri selepas dilantik Muhyiddin.

Ismail Sabri kemudiannya melanjutkan jawatan Hishamuddin ke Kementerian Pertahanan dan dinaikkan sebagai Menteri Kanan.



Pada ketika itu, beliau hanya merupakan Ketua Bahagian Sembrong dan tidak memegang apa-apa jawatan tinggi dalam Umno.

Pada pasca PRU15, kontroversi melanda apabila Presiden PAS menyebut Hishamuddin sebagai individu yang berhubung dengannya berkaitan Akuan Bersumpah 10 orang ahli parlimen BN.

Sehingga hari ini, belum ada sebarang penafian dari Hishamuddin mengenai perkara tersebut. Mengapa?

Sejarah perjalanan politik Hishamuddin atau lebih dikenali sebagai H20 tampak mudah dengan status beliau selaku anak bekas Perdana Menteri dan cucu kepada pengasas Umno.



Namun, cakap-cakap politik kedai kopi tidak banyak menyebelahi Hishamuddin. Beliau digambarkan sebagai seorang ‘bacul’ selepas BN kalah PRU14 sehingga tidak berani mempertahankan jawatan Naib Presiden.

Bukan itu sahaja, tindakan H20 berdiam diri dan tidak mempertahankan Umno dari cubaan diharamkan turut menjadi perhatian kebanyakan ahli. Hanya selepas kemasukan dalam kabinet Muhyiddin, barulah nampak H20 kembali ke gelanggang politik.

H20 BELUM JUMPA ‘LUBANG CACING’ JHO LOW

“Kita perlu mencari kebenaran ini dan saya akan buat apa yang mampu untuk jejak Jho Low dan membawanya pulang ke Malaysia. Sehingga lubang cacing saya akan cari, malah jika benar andaian kononnya China melindungi jutawan itu juga akan saya rungkai. Kita mahu tahu mengapa sedemikian.

“Selagi kita tidak hadapkan Jho Low ke mahmakah, selagi itu kita tidak akan selesai isu 1MDB ini. Negara ini hanya mampu maju ke depan dengan lebih baik sekiranya perkara ini dapat diselesaikan,” – Hishamuddin Hussein Onn – 22/20/2018

Kini, selepas tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, H20 nampaknya sudah mempunyai masa untuk memenuhi janji beliau pada 2018.

Inilah masa terbaik untuk H20 membuktikan beliau benar-benar mahu memulihkan imej BN di pandangan mata rakyat setelah sekian lama terpalit dengan kontroversi tersebut.

 

JAWATAN PALING ‘SESUAI’ UNTUK H20 TANDINGI

Hishamuddin mungkin mempunyai strategi tersendiri untuk bertanding dalam pemilihan kali ini.

Namun, dengan pengaruh ‘besar’ beliau terhadap sebahagian besar ‘pengikutnya’ dari kalangan Ketua Bahagian, jawatan paling sesuai untuk ditandinginya ialah Presiden Umno.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada pertimbangan H20 sendiri. Mungkin beliau mempunyai gandingan tersendiri atau dikenali sebagai ‘kapit’ dalam menyusun senarai nama bagi memudahkan laluan menang, belum tentu H20 mempunyai keberanian berbuat demikian.

Sebaliknya, ada kalangan ‘majlis kedai kopi’ berpendapat, H20 hanya akan kekal dibelakang tabir bagi menyusun atur gerakan menaikkan calon pilihannya dan beliau kekal sebagai ‘operator’ sahaja.

Ini lebih memberi gambaran, Hishamuddin bukanlah individu yang lebih mengutamakan jawatan dari perjuangan sebenar dalam parti.

Hishamuddin beri gambaran akan bertanding

BERI SOKONGAN KEPADA KJ TANDING PRESIDEN?

Ada yang berpendapat, H20 akan memberi sokongan kepada Khairy Jamaluddin atau KJ sekiranya beliau memutuskan untuk bertanding jawatan Presiden sekali lagi.

KJ sebelum ini pernah mencuba nasib bersaing dengan Zahid Hamidi dan Tengku Razaleigh bagi jawatan Presiden Umno pada 2018 dimana ia dimenangi Zahid.

Mungkin Hishamuddin ada alasan tersendiri untuk memberi sokongan kepada KJ dan sudah pasti beliau perlu ada ‘kapit’ yang kuat bagi menyokong KJ bertanding.

Mungkinkah H20 akan berganding dengan seorang lagi Naib Presiden dalam memberi sokongan kepada KJ? 

H20 PERLU MENYAKINKAN PERWAKILAN BELIAU ADALAH ‘ORANG PARTI’

Tanpa sebarang jawatan dalam kabinet dan hanya sekadar Bendahari Agung BN, cengkaman H20 dalam Umno tidak berkurang.

Ini kerana generasi yang kini sebahagiannya berada dalam kedudukan selesa dalam parti merupakan mereka yang seangkatan dengannya semasa bergelar PEMUDA Umno.

Sudah pasti ini tidak menjadi masalah kepada H20 untuk kembali bergandingan bagi meraih sokongan buat calon pilihan beliau sekiranya Hisamuddin tidak bertanding pada pemilihan kali ini.

Tetapi, halangan terbesar buat masa sekarang ialah bagaimana untuk menyakinkan perwakilan beliau memang ‘orang parti’ sebagaimana diucapkan dalam kenyataan terbaru H20.

Hanya satu jalan, menafikan apa yang Hj Hadi sebut dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membersihkan namanya dari kontroversi.

Jika itu berjaya dilakukannya, maka tidak mustahil beliau akan meraih sokongan besar untuk kembali bertanding jawatan dalam Umno.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker