Kaunter semakan, bayaran saman trafik dibuka mulai esok

KUALA LUMPUR, 14 Jun — Mulai esok semua kaunter semakan, pembayaran saman serta pembekalan dokumen berkaitan kemalangan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di seluruh negara akan dibuka kepada orang ramai.

Menurut JSPT Bukit Aman, kaunter akan dibuka pada Isnin hingga Khamis bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang bagi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan).

Pada hari Jumaat, kaunter akan dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 12 tengah hari melibatkan kesemua kontinjen berkenaan.

“Bagi IPK Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu kaunter hanya beroperasi pada hari Ahad hingga Khamis dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang,” menurut kenyataan itu.



JSPT meminta orang ramai untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) normal baharu ketika berurusan di kaunter selain mengamalkan penjagaan kesihatan kendiri.

“Saringan suhu badan akan dilaksanakan dan orang ramai diminta memakai pelitup separuh muka ketika berurusan di kaunter,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button