“FACE THE MUSIC” – GOPAL SRI RAM WAJAR DILUCUT KELAYAKAN KENDALI KES NAJIB

SIAPA ARAHKAN GOPAL SRI RAM PUJUK APANDI TANGKAP NAJIB?


 

Pendedahan yang dilakukan bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali tentang Gopal Sri Ram telah mengejutkan rakyat Malaysia. Beliau menaikmuat pendedahan bagaimana didatangi Gopal Sri Ram (GSR) bersama seorang lagi Peguam bernama Tey Jun Ren (JR) memujuk beliau untuk menangkap Dato Sri Najib Razak yang pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia.

Apandi kemudiannya memfailkan afidavit sokongan bagi memohon membatalkan pelantikan serta kelayakan GSR sebagai Pendakwa Raya Utama kes jenayah terhadap Dato Sri Najib Razak di Mahkamah.

Menerusi afidavit tersebut, Apandi turut mendedahkan perbualan beliau menerusi aplikasi whatsapp dengan GSR berkaitan Najib serta kejadian yang berlaku semasa pertemuan di kediamannya.

“Don’t worry, we have laid a ground plans, all i need now is for you to agree” – Gopal Sri Ram.

“On what ground is he supposed to be arrested for?” – Apandi Ali

“Brother, people out there are frustrated and unhappy, the fact that you arrest him, never mind the reason, will make people happy” – Gopal Sri Ram

Apandi juga mendedahkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat penjelasan yang mencukupi dari pihak tertuduh (Najib Razak) yang telah memuaskan badan siasatan tersebut. Pihak SPRM juga telah mengeluarkan kenyataan media sebanyak 2 kali yang membebaskan Dato Sri Najib.

Pastinya apa yang tertulis dalam afidavit ini memeranjatkan semua pihak. Bagaimanapun persoalan paling utama yang perlu dijawap GSR adalah SIAPA YANG MENGARAHKAN BELIAU? Semasa ditemui wartawan, Gopal hanya menjawap “No comment” bila ditanya mengenai pendedahan tersebut.

Pendedahan ini sebenarnya membuktikan Gopal Sri Ram hilang intergriti sebagai Pendakwaraya bagi mengendalikan kes Najib Razak dan beliau sepatutnya mendedahkan bukti jika dakwaan Apandi tidak benar. Adakah semua ini konspirasi yang diatur seseorang dibelakang Gopal Sri Ram?

Semua rakyat memerhati perjalanan kes serta apa yang didedahkan Apandi. Pada mereka jika benar Gopal Sri Ram terlibat dalam komplot berniat jahat terhadap Najib sewajarnya beliau digugurkan serta disiasat oleh pihak berkuasa berkaitan apa yang didakwa dalam afidavit sokongan. Pelbagai teori bermain dalam fikiran rakyat mengenai Institusi Kehakiman Negara berikutan pendedahan ini. Tidak kurang persoalan mengapa selepas 2 tahun baru Apandi dedahkan semua ini. Hanya Tan Sri Apandi yang ada jawapan untuk persoalan tersebut.

Apa pula pandangan rakyat dan apa tindakan sewajarnya dilakukan bagi menjaga Maruah Institusi Kehakiman Negara? Apa reaksi rakyat dengan pendedahan afidavit Apandi Ali? Siapa sebenarnya dibelakang kewujudan komplot konspirasi terancang sebegini?

Penafian – segala komen adalah tanggungjawab anda. Pihak kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang komen.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker