PEMUDA UMNO PAHANG SIAP SIAGA UNTUK MENGHADAPI PRK CHINI-

[KGVID]https://www.my-tv.online/wp-content/uploads/2020/06/VID-20200616-WA0035.mp4[/KGVID]

Pemuda Umno Pahang hari ini menzahirkan keyakinan mereka untuk menghadapi PilihanRaya Kecil N.23 Chini nanti. Menurut Fadzli Mohamad Kamal selaku Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, seluruh jentera Pemuda Pahang bersedia menghadapi PRK CHINI walaupun SOP yang disediakan oleh pihak SPR Malaysia sangat ketat ekoran Pendamik Covid19 yang melanda negara kita.

Norma baru yang memberi sedikit cabaran kepada jentera untuk berkempen kali ini tidak mematahkan semangat jentera Pemuda Umno Pahang dalam membantu calon Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihanraya kecil N.23 Chini.

Pilihanraya Kecil N.23 Chini diadakan Ekoran kematian penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri. PRK Chini dijangka bermula pada 20hb Jun untuk penamaan calon dan 4 Julai hari pembuangan undi.[KGVID]https://www.my-tv.online/wp-content/uploads/2020/06/VID-20200616-WA0035.mp4[/KGVID]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker