ARMADA LANCAR KEMPEN MENENTANG PRESIDEN BERSATU, LEBIH RAMAI AKAN DIPECAT?

TUKAR LATAR BELAKANG WARNA HITAM

Kempen menukarkan warna latar belakang logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah bermula semalam sebagai tanda protes ARMADA terhadap parti. Diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku Ketua ARMADA, perkembangan ini menjelaskan perpecahan besar dalam BERSATU.

Krisis BERSATU tercetus apabila Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Rentetan peletakan jawatan, krisis melanda satu demi satu hinggalah membawa kepada penghentian keahlian 5 orang ahli parlimen BERSATU. Walau pihak BERSATU cuba menafikan wujud krisis sampai bila ‘Bangkai Gajah Dapat Ditutup Dengan Nyiru’?

Ada pihak mendakwa lebih ramai ahli parti itu akan berdepan tindakan tatatertib parti. Dijangkakan sehingga 700 orang ahli BERSATU berdepan kemungkinan dipecat ekoran masih menyokong Tun M dan menghasut ahli lain untuk menentang Presiden. Gerakan mereka menggunakan rangkaian whatsapp menyalahkan Tan Sri Muhyiddin namun dalam masa sama masih berlakon memberi sokongan terhadap Presiden parti. Beberapa salinan perbualan dan tentangan disertakan sumber namun pihak kami tidak akan menyiarkannya atas faktor kesahihan dakwaan.



Dengan bermulanya kempen ‘Black Logo’ BERSATU ini tekanan terhadap kepimpinan Presiden BERSATU dijangkakan akan memuncak lebih lagi bila menghadapi pemilihan parti yang tertangguh kerana pandemik covid19. Jawatan Presiden yang menyaksikan tentangan daripada Dato Paduka Mukhriz Mahathir menjadi tumpuan kerana kedudukan Mukhriz agak kabur dengan penghentian keahlian beliau. Isu pemberhentian keahlian juga mengelirukan kerana ada tindakan mencabar keputusan tersebut ke Mahkamah.

Sehingga hari ini Tun Mahathir menegaskan beliau masih Pengerusi BERSATU dan telah bermesyuarat dengan Pakatan Harapan mewakili parti sedangkan Presiden dan parti tidak ada kaitan dengan PH. Bagi tidak mengelirukan ahli, Presiden wajar mengumumkan kedudukan sebenar parti serta keahlian mereka yang telah dihentikan keahlian.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker