DAP TUNJUK DOMINASI – DESAK PKR NYATAKAN PENDIRIAN ANTARA MAHATHIR ATAU ANWAR

ANTHONY LOKE DESAK PKR NYATAKAN PENDIRIAN

 

Dominan dalam Pakatan Harapan hari ini telah bersuara mengenai keputusan menamakan siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri bila mereka berjaya kembali ke Putrajaya.

DAP menerusi Setiausaha Organisasi mereka ANTHONY LOKE menyatakan keperluan Pakatan Harapan tersebut untuk tidak mengelirukan penyokong mereka. Kombinasi cadangan pertama Pakatan Harapan menyaksikan nama Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM dan Mukhriz Mahathir selaku Timbalan Perdana Menteri.

Baca – PH TERDESAK

Bagaimanapun cadangan tersebut ditolak dan sekutu PH mencadangkan Tun Mahathir diangkat semula sebagai PM dan Anwar akan dilantik sebagai TPM. Krisis perebutan jawatan sememangnya telah diketahui ramai walau cuba dinafikan.

Baca – MAHATHIR MAHU JADI PM

Minggu lepas satu mesyuarat telah diadakan di Ibu Pejabat PKR dan dihadiri Tun M. Bagaimanapun Tun Mahathir enggan membuka mulut apabila ditanya wartawan hasil mesyuarat.

Pakatan Harapan perlu jelas hala tuju politik jika mahu menjadi pembangkang sebaik BN dan Pas selama 22 bulan. Mereka juga perlu sedar sokongan kepada PH semakin menyusut ekoran krisis dalaman yang tidak dapat diselesaikan.

Leave a Reply