PRK CHINI – CALON MUDA PILIHAN BARISAN NASIONAL

ANAK MUDA GENERASI FELDA DIKETENGAHKAN

Generasi Kedua Felda dipilih sebagai calon mewakili Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil N23 Chini. Beliau merupakan Naib Presiden Majlis Belia Pahang dan juga AJK Umno Bahagian Pekan.

Mohd Sharim Md Zain 41 merupakan anak jati Felda Chini 3. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Chini. Mempunyai 5 cahayamata bersama isteri Norliyana Hamid. Pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Allahyarham Dato Seri Abu Bakar dan merupakan seorang usahawan. Beliau juga Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan.



Ketua Pemuda Pekan, Dato Nizar Najib berbesar hati menerima keputusan BN menamakan Sharim sebagai calon BN. Jentera BN diingatkan agar sentiasa bersedia untuk turun padang sekiranya ada pertandingan.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button