VIDEO – PRK CHINI – NIZAR NAJIB GEMBIRA CALON ANAK MUDA WAKILI BN

NIZAR YAKIN KEMAMPUAN CALON BN, PEMUDA PAHANG BERTERIMAKASIH BERI PELUANG ANAK MUDA

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=OH8WuzODs8Y[/embedyt]

Ketua Pemuda Umno Pekan, Dato’ Nizar Dato Sri Najib gembira apabila kepimpinan Umno memberikan peluang kepada Anak Muda mewakili BN pada Prk kali ini. Semasa ditemui dalam majlis pengumuman calon BN, Nizar menyatakan keyakinan beliau terhadap Sharim yang berpengalaman berdepan masyarakat dan pengundi DUN Chini sepanjang berkhidmat dengan Allahyarham Dato Seri Abu Bakar.

Ketua Pemuda Umno Pahang, saudara Farid Mohd Nor pula meluahkan rasa terimakasih kepada Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Pahang, YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail atas kepercayaan kepada generasi muda Felda. Beliau turut menyatakan kesiap-siagaan jentera Pemuda Umno Pahang membantu calon BN memenangi dan mengekalkan penguasaan BN di Dun Chini.

Esok merupakan hari penamaan calon dan dijangkakan akan berlaku pertandingan. Sehingga hari ini ada 2 orang yang disebut-sebut akan bertanding atas tiket bebas. SPR menetapkan 20 Jun 2020 sebagai tarikh penamaan calon dan 4 Julai 2020 untuk pembuangan undi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker