APMM tahan tiga bot nelayan tempatan bersama 11 pendatang di Hutan Melintang

LUMUT, 21 Jun — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan tiga bot nelayan tempatan bersama 11 awak-awak warga asing yang tidak mempunyai sebarang permit menerusi Op Benteng Laut di 6.4 batu nautika Barat Daya Sungai Belukang, perairan Hutan Melintang, Jumaat lalu.

Pengarah Maritim negeri Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata kesemua bot itu ditahan kira-kira sekitar 7.15 malam hingga 8 malam di lokasi yang sama hasil maklumat dan aduan penduduk setempat.

“Kesemua bot nelayan ditahan kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan di bawah 12 batu nautika sementara warga asing terbabit akan didakwa tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat 11 warga asing itu terdiri daripada tiga warga Indonesia dan lapan Myanmar berumur lingkungan 17 hingga 40 tahun yang tidak mempunyai sebarang pas atau permit yang sah.



Kesemua warga asing terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

Kesemua yang tahan kini ditempatkan di Pejabat Daerah Manjung sementara menunggu keputusan saringan COVID-19.

“Kami amat mengalu-alukan kerjasama komuniti maritim menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat aktiviti pendatang tanpa izin dalam usaha menggempur warga asing yang menyeludup masuk melalui sempadan perairan negara,” katanya.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker