PPBM PECAT CALON BEBAS PRK CHINI

PPBM PECAT KEAHLIAN TENGKU DATO ZAINUL HISHAM TENGKU HUSSIN

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerusi sepucuk surat kepada calon bebas Dato Tengku Zainul Hisham, telah memecat beliau kerana bertindak menjadi calon bebas dalam Prk Chini.

Dalam surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan salinan kepada Presiden dan Setiausaha Agung PPBM menyatakan Tengku Zainul telah melanggar perlembagaan parti Fasal 10.2.2 dan Fasal 10.2.4 kerana bertanding sebagai calon bebas tanpa kebenaran atau persetujuan parti.

Tengku Dato Zainul akan berdepan dengan calon BN dan seorang lagi calon bebas dalam Prk Chini. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Bahagian PPBM Pekan. Prk Chini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi N23 Chini Allahyarham Dato Sri Abu Bakar Harun.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker