COVID-19: California catat rekod tertinggi kes baharu dalam sehari

BEIJING, 22 Jun — Perkembangan terkini pandemik COVID-19 di seluruh dunia pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua:

LOS ANGELES — Jumlah kes di California Amerika Syarikat dicatatkan setakat ini sebanyak 173,324  menurut Jabatan Kesihatan Awam California.

Sejumlah 4,515 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, lonjakkan tertinggi dalam tempoh sehari, berbanding Jumaat sebanyak 4,317.

SANTIAGO — Chile melaporkan sejumlah 242,355 kes dengan 4,479 kematian, menurut kementerian kesihatan negara itu. Sejumlah 5,607 kes baharu dikesan dan 184 lagi pesakit meninggal dunia.

KAHERAH — Mesir pula mengesahkan 1,475 kes jangkitan baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 55,233 sejak pertengahan Februari.

Seramai 87 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah korban 2,193, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Khaled Megahed dalam satu kenyataan.

ANKARA — Turki pula melaporkan 1,192 lagi kes jangkitan baharu dan 23 lagi kematian.

Menteri Kesihatan Fahrettin Koca menerusi Twitternya berkata keseluruhan 4,950 orang maut manakala 187,685 kes dicatatkan.

BAGHDAD — Di Iraq pula 1,646 kes baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan kes 30,868. Sebanyak 87 lagi maut menjadikan bilangan kematian bertambah kepada 1,100 orang manakala 13,935 pesakit telah pulih.

BERLIN — Jumlah mereka yang dijangkiti di syarikat pemprosesan daging Toennies di daerah Guetersloh di North-Rhine Westphalia meningkat kepada 1,331 orang pada Ahad petang.

Menurut kenyataan di keluarkan Daerah Guetersloh, 6,139 ujian saringan COVID-19 sudah dibuat. Daripada jumlah itu 1,331 disahkan positif. Lima pekerja syarikat itu kini dirawat di unit rawatan rapi.

BEIJING — Bilangan ujian asid nukleik di Beijing meningkat kepada  230,000 kes pada Sabtu berbanding sebelum ini 100,000.

Sejak seminggu lalu jumlah institusi khusus menjalankan ujian itu juga bertambah sebanyak 124 berbanding 98, kata jurucakap suruhanjaya kesihatan perbandaran Gao Xiaojun.

— BERNAMA

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker