Remaja pandu lawan arus dipenjara lima tahun, denda RM18,000
June 23, 2020
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=928L6GjAuNc[/embedyt]
BUKIT MERTAJAM, 22 Jun — Seorang remaja perempuan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM18,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah memandu secara melulu dan melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki, tiga tahun lepas. Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman itu ke atas Ng Pei Ven, 22, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.