Sebuah objek menyerupai bom ditemukan di Hulu Langat – Polis


KUALA LUMPUR, 23 Jun — Sebuah objek dipercayai bom lama telah dijumpai orang awam di sekitar satu kawasan perumahan di Batu 14 Hulu Langat, Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan penemuan objek dipercayai bom itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang menunggu Unit Pemusnah Bom (UPB) bagi mengetahui butiran lanjut mengenai objek itu yang ditemukan pada sekitar 6 petang tadi.

“Polis masih belum menerima sebarang maklumat mengenai penemuan objek itu kerana kami masih menunggu UPB,” katanya.



Objek yang berukuran kira-kira 30 sentimeter itu ditemukan orang awam dan pihak polis telah mengawal dan menutup kawasan terbabit dengan memasang pita keselamatan.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button