Penumpang kini dibenar transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan

TAIPEI, 24 Jun — Pelancong asing kini dibenarkan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Taiwan mulai Khamis, tetapi hanya untuk tempoh lapan jam sahaja.

Dasar itu, dipersetujui Pusat Kawalan Epidemik Taiwan (CECC), kata Menteri Pengangkutan Lin Chia-lung pada Rabu, lapor agensi berita pusat (CNA) Taiwan.

Kakitangan lapangan terbang sudah mengatur pergerakan pelancong yang akan transit bagi memastikan mereka terpisah dengan penumpang lain, kata Lin, tanpa memberikan butiran lanjut.



Penumpang transit boleh mengunjungi kedai bebas cukai dengan ditemani pekerja lapangan terbang, katanya.

Sejak 24 Mac lalu pelancong dilarang transit di Taiwan untuk membendung penularan COVID-19.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button