VIDEO PRK CHINI – 3 NGO BELIA BERGABUNG SOKONGAN UNTUK SHARIM BAWA ASPIRASI ANAK MUDA

SHARIM DAPAT SOKONGAN PENUH NGO BELIA (SIRI 1)

Pilihanraya Kecil N23 Chini memberi dimensi baru untuk golongan Belia diangkat sebagai wakil rakyat. Pemilihan Sharim Md Zain selaku calon Barisan Nasional menentang 2 calon bebas membawa kepada penyatuan sokongan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Belia yang menggambarkan kesatuan mereka.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=sjzCz_y9H2A[/embedyt]

Gabungan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Pahang (MBP) dizahirkan bukan sahaja dalam bentuk sokongan moral, malah mereka turut serta turun berkempen membantu Sharim. Aspirasi Anak Muda diangkat ke satu tahap yang lebih mencabar dan peluang yang diberikan tidak boleh disia-siakan untuk lebih bertanggungjawab dalam isu berkaitan generasi akan datang.

Dengan rekod cemerlang Sharim dalam penglibatan dalam kerja sukarelawan, MBFM, MBM dan MBP percaya kemenangan akan berpihak kepada Sharim selaku produk yang dilahirkan dari kilang asuhan BELIA sekaligus menepis stigma Anak Muda tidak boleh ‘pergi jauh’ dalam politik.



Menjelang 4 Julai 2020, semua pihak yang terlibat akan bekerja keras bagi beroleh kemenangan selepas 14 hari berkempen. Pengundi N23 Chini bijak menilai siapa pilihan mereka untuk menjadi suara dan telinga mereka di Dewan Undangan Negeri kelak. Prk Chini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi sebelum ini Allahyarham Dato Sri Abu Bakar kerana serangan jantung.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker