Jumlah mangsa banjir Johor kini hanya 177 orang


JOHOR BAHRU, 27 Jun — Keadaan banjir di dua daerah di Johor bertambah baik dengan hanya 177 mangsa merangkumi 47 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini, berbanding 241 orang daripada 63 keluarga yang direkodkan pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata sebuah PPS di Batu Pahat iaitu Sekolah Kebangsaan Peserai ditutup pada 5 petang tadi.

Masih ada tiga PPS yang beroperasi ketika ini iaitu dua di Muar dan satu di Batu Pahat.

“Dua PPS di Muar menempatkan 145 mangsa daripada 40 keluarga sementara di Batu Pahat masih ada 32 mangsa melibatkan tujuh keluarga di sebuah PPS,” katanya dalam kenyataan malam ini.



— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button