PRK CHINI – BN DIJANGKAKAN MENANG SELESA

PECUTAN KEMPEN HARI HARI TERAKHIR KEMPEN PRK CHINI

Memasuki 5 hari terakhir kempen Pilihanraya Kecil N23 Chini, calon BN dilihat semakin jauh meninggalkan 2 lagi calon bebas. Dengan kehadiran ‘Big Gun’ BN membantu kempen di Chini, nama Mohd Sharim Md Zain semakin dikenali pengundi.

Sharim MD ZAIN



Bagaimanapun tentangan tetap diberikan kepada Sharim terutama Tengku Dato Zainul Hisham manakala seorang lagi calon dikenali sebagai CMK tidak memberi kesan langsung.

Kempen BN yang menguasai hampir keseluruhan Dun Chini kelihatan berkesan apabila jentera kempen meneruskan kerja tanpa kehadiran nama besar dalam BN. Bagi mereka matlamat utama ialah kemenangan calon dan parti menjadi keutamaan.



Ketua Bahagian Umno Pekan, Dato Sri Najib Razak bekerja keras dalam kempen kali ini. Walau kesibukan di Kuala Lumpur dengan pelbagai urusan, Najib tetap mencari ruang bagi membolehkannya turun padang di Chini. Sepanjang berada di lokasi, kehadiran Najib diumpamakan sebagai selebriti yang tetap dinantikan pengundi. Ini antara kelebihan kepada Sharim dalam kempen Prk Chini. Jadual ketat dan kekangan masa merupakan antara yang perlu dihadapi namun pengurusan baik jentera BN memudahkan calon bergerak dari 1 lokasi ke 1 lokasi lain.

Antara isu yang diketengahkan dalam Prk Chini ialah masalah bekalan air bersih. Bagaimanapun isu berkenaan telah dijawap oleh Pengurusan Air Pahang (PAIP) dan penerangan juga telah diberikan. Isu berkaitan masalah perumahan generasi Felda juga merupakan antara diperkatakan. YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail menjelaskan kerajaan negeri telah menyediakan pelan baru yang lebih memberi pilihan kepada generasi kedua memiliki kediaman idaman mereka sendiri pada kos mengikut kemampuan mereka.



Berbaki beberapa hari kempen, calon Prk Chini sudah pasti akan melipat gandakan usaha mereka memenangi hati pengundi. Bagi pengundi mereka akan menentukan nasib sendiri apabila membuat pilihan pada 4 Julai nanti.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button