Bask Bear Coffee sasar jadi jenama terbaik

Bask Bear Coffee sasar jadi jenama terbaik

Bask Bear Coffee sasar jadi jenama terbaik
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo. – FOTO Aziah Azmee

Kuala Lumpur: Bask Bear Coffee, antara jenama di bawah Loob Holding Sdn Bhd, menyasarkan untuk menjadi antara tiga jenama kopi terbaik dalam negara.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo berkata, pihaknya akan mempelbagaikan lagi menu sesuai dengan kehendak pelanggan masa kini.

“Saya berharap jenama Bask Bear Coffee akan berada pada kedudukan ‘top 3’ dalam tempoh tiga ke empat tahun akan datang untuk pasaran dalam negara.



“Untuk ke arah itu kami akan mempelbagaikan menu dan menjadi rangkaian produk sandwic telur Korea pertama dan terbesar di Malaysia,” katanya pada pembukaan cawangan fizikal Bask Bear Coffee ke-100 di sini, hari ini.

Menurutnya, industri kopi kini mempunyai saingan yang sengit namun beliau percaya Bask Bear mampu bersaing.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO




“Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberikan peluang untuk kami memperluaskan pasaran kami. Tanpa sokongan rakyat Malaysia kami tidak dapat pergi sejauh ini.

“Industri kopi sekarang ini mempunyai saingan yang sengit tapi saya percaya Bask Bear berada dalam kedudukan yang baik. Ini kerana kami bukan sahaja menyediakan kopi tetapi juga ‘signature toast’ bagi pilihan pelanggan,” katanya.

Dalam masa sama, pihaknya merancang untuk membuka cawangan di luar negara.

“Perangan ke luar negara pastinya ada, cuma kami ingin mencapai sekurang-kurangnya 300 cawangan di Malaysia dahulu. Sementara itu, kami ingin mengenal pasti negara yang berpotensi untuk meluaskan pasaran kami.



“Buat masa ini, kami menyasarkan sekurang-kurangnya 130 cawangan dibuka hingga hujung tahun ini. Sekarang sudah ada 105 cawangan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bersempena pembukaan cawangan ke-100 itu, pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik sepanjang karnival selama lima hari yang menampilkan pelbagai permainan dan aktiviti berkisarkan beruang madu Malaya yang menjadi sumber inspirasi bagi jenama Bask Bear Coffee.

Bagi yang tidak dapat menyertai karnival ini, mereka juga berpeluang memenangi 10 ‘Golden Ticket’ yang menawarkan bekalan toasties percuma sepanjang satu tahun dengan pembelian item istimewa iaitu Double Perfection Toastie, yang tersedia dalam tempoh terhad.

Pertandingan ini akan berakhir pada 30 September ini.



Bask Bear Coffee sasar jadi jenama terbaik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading