Parti liar: Polis tahan 19 individu

 

TAWAU, 1 Julai — Polis menahan 19 individu, termasuk tiga warga Indonesia, yang didapati positif dadah, terbabit dalam satu parti liar di sebuah rumah di Taman Nordin di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata kesemua 11 lelaki dan lapan wanita yang berumur antara 21-31 tahun itu ditahan dalam serbuan Ops Parti Liar pada pukul 8.30 pagi.

Dalam satu kenyataan malam ini beliau berkata mereka ditahan reman selepas pemeriksaan awal menerusi ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah antaranya jenis Ketamine, Amphetamine dan Methamphetamine.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1957; Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan juga Seksyen 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata polis turut mengeluarkan notis kompaun di bawah Peraturan 3 Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 terhadap mereka.

— BERNAMA

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
%d bloggers like this: