Pesawat Israel serang kawasan pertanian di Semenanjung Gaza

BAITULMAQDIS, 6 Julai — Pesawat tempur Israel melancarkan serangan dengan mensasarkan kawasan pertanian di timur Semenanjung Gaza pada Ahad malam, menurut agensi berita Anadolu.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Tentera Israel mendakwa pihaknya berjaya menyerang kawasan milik kumpulan Palestin Hamas.

Serangan udara itu sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.



Setakat ini, tiada kumpulan Palestin di Gaza mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker