Indonesia catat kes positif baharu tertinggi dalam tempoh 24 jam, kes positif kini 68,079

JAKARTA, 8 Julai — Indonesia mencatatkan kes positif baharu tertinggi COVID-19 bagi tempoh 24 jam iaitu sebanyak 1,853 kes, tertinggi sejak kes pertama dikesan 2 Mac lepas.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 68,079 kes, manakala kes kematian keseluruhan setakat ini 3,359 orang.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 50 lagi kematian berlaku, manakala sebanyak 13,636 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,102 kes, diikuti Jakarta (665 kes), Jawa Tengah (225), Kalimantan Selatan (206) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Provinsi tertinggi dengan kes positif COVID-19 adalah Jawa Timur iaitu sebanyak 14,967 kes, diikuti Jakarta (13,211 kes) dan selebihnya di 32 lagi provinsi lain.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker