Dalang utama antara empat lagi suspek kes tembak anggota PGA direman

edd8c36dcb26c5d62c1e4dd3d09314405fbf322cbfe5b

KANGAR, 26 Nov — Suspek utama kes tembakan di antara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand dua hari lepas, adalah antara tiga lelaki tempatan dan seorang rakyat Thailand yang ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad.

Suspek utama merupakan warga tempatan berusia 45 tahun, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Terdahulu, perintah reman hingga 2 Dis ini terhadap empat lelaki terbabit dikeluarkan Pendaftar Majistret Kangar Monica Joseph Gaisah yang membenarkan permohonan pihak polis.

Keempat-empat suspek berusia 26 hingga 45 tahun terbabit yang berpakaian lokap dan bergari, tiba di kompleks mahkamah pada 9.10 pagi dan dibawa keluar dari bilik reman kira-kira 50 minit kemudian.

Dalam insiden awal pagi Selasa, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terbunuh manakala rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.

Mendiang Baharuddin, daripada suku kaum Semelai meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya Norihan yang sebelum ini dirawat di Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar, kini dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut.

Semalam, 15 warga tempatan diperintahkan direman selama empat hari manakala tiga rakyat Thailand direman seminggu bagi membantu siasatan kes itu.

Polis tahan 7 lagi individu kes tembak Banting

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker