Balik Malaysia demi emas Olimpik

Balik Malaysia demi emas Olimpik

Balik Malaysia demi emas Olimpik
Wong Tat Meng gembira dapat pulang membantu Malaysia mencari emas pertama di Sukan Olimpik.

KUALA LUMPUR: Kepulangan Wong Tat Meng bagi melatih pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia adalah demi membantu Malaysia merealisasikan impian memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024.

Tat Meng ketika dihubungi BH Sukan berkata selepas tujuh tahun berkelana di luar negara, tawaran diberikan Zii Jia adalah peluang keemasan untuk dia pulang dan kembali berkhidmat buat Malaysia.

Katanya, dia percaya Zii Jia yang kini menghuni ranking ke-11 dunia adalah seorang pemain yang sangat berbakat dan mempunyai potensi untuk mencapai matlamat yang besar.



“Misi utama saya adalah untuk mencari atau membina prestasi dan keyakinan Zii Jia semula. Sukan Olimpik Paris adalah sasaran untuk setiap atlet elit Malaysia bukan hanya Lee Zii Jia.

“Sasaran untuk memenangi pingat emas adalah harapan seluruh rakyat Malaysia dan ini sudah tentu akan menjadi cabaran buat kami dalam pasukan LZJ (Lee Zii Jia).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS




“Secara peribadi, saya berpandangan Zii Jia pemain yang sangat berbakat dan memiliki potensi untuk mencapai matlamat yang besar.

“Namun, dia perlu bekerja keras dalam latihan untuk menyerlahkan potensi sebenar yang dimilikinya,” katanya.

Zii Jia mengumumkan pelantikan Tat Meng sebagai jurulatih baharunya, bulan lalu selepas hampir enam bulan bergerak ‘solo’ susulan perpisahannya dengan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya, November tahun lalu.

Tat Meng ketika ini sedang menghabiskan tempoh kontraknya bersama Persatuan Badminton Hong Kong (HKBA) yang akan tamat pada 30 Jun ini.



Sebelum ke Hong Kong, Tat Meng menghabiskan masa selama empat tahun membimbing skuad badminton Korea Selatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.


Sepanjang bersama Korea, dia berjaya melonjakkan prestasi pemain perseorangan wanita negara itu, An Se-young yang kini bergelar pemain nombor dua dunia selain membantu pasukan negara berkenaan menjulang trofi Piala Uber tahun lalu.



Sebelum itu, Tat Meng juga pernah membimbing skuad badminton Indonesia pada 2012, Malaysia (2013 hingga 2016) dan Scotland (2016 hingga 2018).

Tat Meng berkata dia akan melakukan analisis mengenai prestasi terkini Zii Jia dalam usahanya merangka program latihan terbaik buat pemain itu yang ketika ini bergelut dengan prestasi tidak menentu.

“Saya akan merancang program latihan khusus buat Zii Jia yang sesuai dengan keperluannya,” kata Tat Meng yang dijangka memulakan tugas pada awal Julai depan.

Balik Malaysia demi emas Olimpik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading