Busan terima curahan hujan luar biasa dalam tempoh dua dekad

BUSAN, 10 Julai — Busan menerima curahan hujan luar biasa pada Jumaat, dengan lebih 200 milimeter (mm) hujan direkodkan di tenggara bandar kedua terbesar di Korea Selatan itu, dalam masa sehari.

Agensi berita Yonhap melaporkan, memetik pejabat Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA), curahan hujan berjumlah 203.7 mm hujan turun pada tengah hari di bandar pelabuhan di Jung Ward.

Ia curahan hujan keenam terbanyak pernah direkodkan dalam tempoh dua dekad.

Turut menerima curahan hujan yang banyak dalam sehari ialah bandar Yeongdo, Pelabuhan Utara, Nam Ward dan Haeundae.



Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan, namun, terdapat 45 kes jalan raya dan bangunan dinaiki air pada tengah hari dan hampir 300 penjawat awam terjejas, kata pihak berkuasa perbandaran.

Amaran hujan lebat di Busan dikeluarkan pada 1.20 petang, angin kencang pula dijangka berlaku sehingga tengah malam.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker