KAMBING TUNJUK BELANG DEPAN HARIMAU – SIAPA AZMIN ALI MAHU ARAHKAN BN?

AZMIN ALI PRESIDEN PARTI APA MAHU TENTUKAN KEDUDUKAN KERUSI BN?

Falsafah ‘Takkan Kambing Mahu Cucuk Hidung Kemudian Tarik Harimau’ oleh Timbalan Presiden Umno Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan ternyata ada kebenarannya. Selepas Dato Sri Najib menyatakan dalam siaran facebooknya bahawa Umno akan mengambil semula kerusi parlimen Mersing dikuti kenyataan keras Presiden Umno Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi secara tiba-tiba Azmin Ali menyatakan BN tidak boleh menentukan mana kerusi yang ditandingi sebelum diputuskan dalam rundingan.

Baca – AZMIN MAHU BN KE MEJA RUNDINGAN

 

“Runding, runding,” kata bekas Timbalan Presiden PKR yang tidak diketahui status mewakili parti mana ketika ditanya wartawan. Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Kanan perlu sedar bahawa beliau bukanlah seorang yang mempunyai apa-apa keistimewaan sebagai Presiden mana mana Parti untuk bercakap mengenai parti lain terutama BN.



Malah Azmin juga tidak boleh mengganggap beliau setaraf dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM. Malah jika diteliti Perikatan Nasional bukannya satu ikatan berpaksikan perjanjian sebagai sebuah parti gabungan BN, PPBM, PAS, GBS dan GPS. Sehingga hari ini Perikatan Nasional belum didaftarkan secara sah dan kedudukan Azmin dalam PPBM juga masih samar samar.

Kerjasama antara BN dan PAS membentuk Muafakat Nasional merupakan dominan dalam PN namun atas semangat hormat menghormati dan kepercayaan kerjasama politik, Muhyiddin menerima sokongan untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir yang meletakkan jawatan sekaligus mengakhiri pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan. Azmin Ali bersama ‘Rombongan PKR’ diterima dalam kerjasama tersebut dan diberikan jawatan yang bersesuaian dalam kabinet.

Tetapi itu bukanlah LESEN untuk Azmin Ali menentukan apa hala tuju BN dalam soal pembahagian kerusi kerana sokongan kepada Muhyiddin HANYA dikekalkan sehingga PRU15 sahaja mengikut perjanjian persefahaman dan menstabilkan kembali keadaan negara apabila PH mengalami krisis dalaman sehingga menjejaskan negara.

Kekalutan ini bermula dari kelancangan Dr Latif Ahmad (Mersing) yang menyatakan Umno sudah tidak laku di Sabah. Kenyataan tersebut mengguris ramai pihak terutama Umno kerana Latif menang kerusi Mersing atas tiket BN dan kemudian beliau MELOMPAT ke PPBM. Mengapa Azmin Ali pula melatah teruk bila kepimpinan Umno mengeluarkan kenyataan balas terhadap Latif sedangkan Mersing bukannya kerusi ‘Parti Azmin’?



Sebaiknya Azmin memikirkan parti mana yang mahu beliau sertai dan pastikan mempunyai kekuatan sendiri sebelum sibuk mencatur parti lain. Adakah kenyataan Azmin memberi bayangan beliau sudah ada parti politik jenama sendiri berserta keahlian yang besar selain mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk ‘duduk bersama’ di meja rundingan parti parti politik? Usah angkuh bila kedudukan sendiri dalam politik umpama Teratai yang nampak kembang di permukaan tetapi akar tidak menjejak bumi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker