7 penjawat awam antara 80 ditahan di pusat hiburan

7 penjawat awam antara 80 ditahan di pusat hiburan
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali.

7 penjawat awam antara 80 ditahan di pusat hiburan

MELAKA: Tujuh penjawat awam antara 80 individu ditahan dalam serbuan polis ke sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, di sini.

Mereka ditahan sepasukan polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, kira-kira jam 1.20 pagi semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, berkata daripada jumlah keseluruhan yang ditahan berusia 17 hingga 62 tahun itu, 30 adalah wanita.

“Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas semua yang ditahan mendapati lima individu termasuk seorang lelaki positif methamphetamine. Hasil ujian sama ke atas tujuh penjawat awam lelaki itu pula didapati negatif,” katanya dalam kenyataan media hari ini.



Beliau berkata, sebanyak 65 kompaun berjumlah RM4, 000 setiap orang turut dikeluarkan kepada pengunjung warga tempatan, manakala penjaga premis dikompaun RM10, 000 dan turut disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen.

Abdul Majid berkata, mereka yang positif dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala warga asing disiasat mengikut Seksyen 15(1)(C), Seksyen 6(1)(C) dan Peraturan 39B kta Imigresen.

7 penjawat awam antara 80 ditahan di pusat hiburan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker