Trump harap dapat sokongan penyanyi rap terkenal Kanye West

WASHINGTON, 10 Julai — Presiden AS Donald Trump menyatakan harapan agar penyayi rap terkenal Kanye West, yang telah mengumumkan rancangannya untuk mencalonkan diri sebagai presiden, akan menyokongnya dalam persaingan tersebut, lapor agensi berita Sputnik.

West mengejutkan apabila menyuarakan hasratnya untuk menyertai persaingan presiden minggu lalu. Pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) dijadualkan pada 3 November.

“Saya suka suaranya didengari, beliau dan isterinya (Kim Kardashian West) akan bersama kami … beliau seorang lelaki yang saya kenali dengan baik, dan pada akhirnya, saya rasa beliau akan menyokong kami,” kata Trump kepada Fox News pada Khamis.

West menyatakan sokongannya terhadap Trump dan bertemu presiden itu di Pejabat Oval pada Oktober 2018.



–BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker