Ambil teladan kes Najib , Passport Tommy Thomas , Zeti dan Nazlan sepatut sudah di rampas.

 

Oleh Adam Malik

Mengambil contoh dan teladan (precedent) terhadap apa yang telah terjadi kepada Datuk Seri Najib Razak , kerajaan sepatut nya sudah  mengumumkan rampasan passport antarabangsa , Tan Sri Zeti Aziz, Nazlan Mohd Ghazal dan Tommy Thomas.

Ini kerana Ketika DSNR belum dihadap kan kemahkamah, passport beliau telah dirampas dan harta beliau telah diambil dan rumah di geledah.

Ketika itu belum pun ada kes dimulakan dimahkamah lagi.



Umum tahu , kerana kes DSNR sangat rapuh dan sangat tidak meyakinkan , maka kerajaan Pakatan Harapan Ketika itu perlukan satu sandiwara dan persepsi bahwa DSNR memang bersalah dan patut dihalang keluar negara.

Ketika pesawat sahabat baik DSNR Peter Sondakh dari Indonesia datang ke lapangan terbang pun pesawat Peter  tidak diizinkan menjemput DSNR bercuti ke Indonesia.

Konon2 DSNR akan melarikan diri.

Namun, semuanya sekadar permainan persepsi sahaja kerana jika DSNR lari maka telah sah lah beliau bersalah dan takut jalani perbicaraan.



 

DSNR Ketika diizinkan ke Singapura untuk melawat anaknya melahirkan cucu juga tidak melarikan diri kerana yakin kes hanya rekaan tanpa ada pembuktian.

Pendekatan yang diambil oleh DSNR  ‘berani kerana benar”.

Kini, Walaupun sudah dijatuhui hukuman , tiada siapa berani menyatakan kes sangat adil dan keadilan telah dilaksanakan.

Kecacatan kes dari pembuktian hakim terima rasuah di tolak, hakim berkerja di Maybank di tolak,  dan macam2  di tolak.

Pendek kata kes hanya berjaya menghukum tetapi gagal melaksanakan keadilan.

Berbalik kepada topik diatas, adalah disaran kerajaan mengambil atau merampas Passport milik Zeti dan keluarga nya memandangkan sudah ada kes contoh terhadap DSNR.

Malah , harta keluarga Zeti juga seharus sudah di rampas untuk menunjuk kan kerajaan serius mahu melawan rasuah dan  bersikap adil sama seperti yang dilakukan terhadap DSNR.

Dengan terbongkar kisah terkini berkenaan campur tangan dalam bidang kehakiman dan judisiari seperti yang didakwa Tommy Thomas melalui memori nya “Justice in the wilderness” serta banyak perkara yang berkaitan dengan banyak kes digugurkan oleh Tommy Ketika menjadi Peguam Negara , maka passport beliau juga harua di rampas.

Sama ada wang terbabit dalam kes2 yang digugur seperti kes anak kroni Tun Mahathir , Vincent Tan , semua ini perlu disiasat.

Kerajaan perlu buktikan kepada dunia Malaysia tegas memerangi rasuah, dan bukan hanya memerangi musuh politik Tun Mahathir dan Pakatan Harapan sahaja.

Apa undang2 yang digunapakai terhadap DSNR , harus di guna sama terhaudap Zeti, Nazlan dan Tommy Thonas.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker