AS sangkal tuntutan China ke atas Laut China Selatan

WASHINGTON, 14 Julai — Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menyangkal semua tuntutan maritim China di Laut China Selatan, menganggapnya “menyalahi undang-undang” dan akan merenggangkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara, lapor agensi berita Anadolu.

Setiausaha Negara Mike Pompeo mengecam pengumuman China itu, dengan mengatakan “tuntutan Beijing di Laut China Selatan sama sekali menyalahi undang-undang, ia adalah “kempen untuk membuli dan mengawal mereka.”

“Dunia tidak akan membiarkan Beijing memperlakukan Laut China Selatan seolah-olah empayar maritim mereka,” kata Pompeo.



“Kami bersama-sama masyarakat antarabangsa mempertahankan kebebasan laut dan menghormati kedaulatan serta menolak desakan untuk memaksa pemberian hak di Laut China Selatan atau wilayah lebih luas.”

Presiden Donald Trump sebelum ini berkata pertikaian antara China dan negara jirannya di Asia Tenggara perlu diselesaikan melalui penimbangtaraan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Negara ASEAN yang terlibat dalam pertikaian itu ialah Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam. China dan Taiwan juga mengemukakan tuntutan.

Selain menjadi antara laluan perkapalan tersibuk di dunia, Laut China Selatan juga lokasi sumber gas dan minyak yang banyak.



— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button