Perikatan Harapan jadi ‘mimpi ngeri’ rakyat

22 bulan & 17 bulan rakyat merana di bawah PH dan PN

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Perikatan Harapan jadi 'mimpi ngeri' rakyat

Prinsip politik yang serupa merupakan intipati dua gabungan menjadi satu. Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional tidak boleh menafikan mereka mampu wujudkan satu kerjasama politik mendepani cabaran PRU15.

Sekiranya segala persetujuan prinsip tercapai, tidak mustahil Perikatan Harapan boleh direalisasikan untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Pada dasarnya kedua entiti politik ini berteraskan ‘satu musuh’ iaitu BN/Umno selama ini.



Mahthir-PH-PN

Pernah bersama sebagai satu gabungan, PPBM kini membuka payung bagi membentuk Perikatan Nasional dengan kehadiran PAS, GERAKAN, STAR dan SAPP selepas keluar dari Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan yang masih mengekalkan gabungan DAP, PKR, AMANAH, komponen UPKO, MUDA dan MAP manakala rakan strategik PSM.

Menilai ucapan Anwar Ibrahim semasa sidang media PKR, beliau mengalu-alukan sekiranya mana-mana gabungan mahu bersama PH asalkan prinsip politik selari.

Sekiranya kedua gabungan ini berpendirian sama, tidak mengejutkan sekiranya mereka bergabung bagi membentuk entiti politik yang lebih besar. Ini bagi memastikan KEGAGALAN PH selama 22 bulan dapat didalihkan dengan alasanalasan baru.



Pemikiran rakyat tidak sama seperti sebelum PRU14 dan sangat mudah terpengaruh dengan bujuk rayu.

Seperkara lagi yang harus diingati rakyat, Manifesto bukan kitab suci untuk dipercayai 100%, kerana ia boleh berubah mengikut keadaan.

Perikatan Harapan jadi 'mimpi ngeri' rakyat

Penilaian rakyat terhadap politik juga telah berubah 360 darjah selepas memberikan peluang menukar kerajaan.

PH dan PN masing-masing diberikan ruang selama 22 bulan dan 17 bulan bagi mengurus tadbir negara namun hakikat sebenar, negara semakin merudum di bawah kedua-dua era.

Sudah tiba masanya satu kerajaan yang benar-benar mengekalkan intergriti, kredibiliti diberikan peluang untuk mengembalikan Malaysia ke landasan untuk menuju arah negara maju.

Selamat memilih kerajaan baru kepada semua rakyat Malaysia.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker