Vietnam kini hanya ada 16 kes positif COVID-19

HANOI, 14 Julai — Vietnam hanya mempunyai 16 kes positif COVID-19 pada 6 petang 13 Julai, menurut Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan untuk Pencegahan dan Pengawalan COVID-19, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Negara ini juga tidak mencatatkan kes baharu dalam tempoh 12 jam lalu, menjadikan jumlah jangkitan kekal 372 termasuk 232 kes import.

Tarikh 13 Julai juga menandakan hari ke-88 berturut-turut Vietnam sifar jangkitan tempatan dan seramai 350 pesakit sembuh dengan tiada kematian.



Semua pesakit berada dalam keadaan stabil.

Terdapat 11,256 kontak rapat pesakit atau mereka yang datang dari kawasan terjejas wabak masih dikuarantin di 25 hospital, 10,816 pusat pengasingan dan 415 di rumah atau kemudahan penginapan.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button