ZURAIDA SAHKAN BEKAS PKR BELUM SERTAI BERSATU, SIAPA AKAN KORBANKAN JAWATAN UNTUK BERI KEPADA BEKAS PKR?

AZMIN & CO HANYALAH AHLI PARLIMEN BEBAS

YB Zuraida Kamaruddin mengesahkan beliau dan rakan bekas PKR yang kini berada dalam kerajaan PN masih belum menjadi ahli mana mana parti politik. Pengesahan tersebut sekaligus menjawap persoalan dimana kedudukan Azmin Ali sebenarnya dalam parti politik.

BACA – ZURAIDA SAHKAN BELUM JADI AHLI PPBM

Zuraida juga mengeaskan mereka (11 orang yang keluar PKR) perlu menunggu sehingga selesai sessi pemilihan BERSATU dan hanya selepas itu barulah proses memohon masuk ke BERSATU akan dilakukan.

Senarai PKR yang keluar parti termasuk Azmin Ali,Saifuddin Abdullah,Baru Bian, Kamaruddin Jaafar,Mansur Othman, Rashid Hasnon,Santhara Kumar, Ali Biju,Willie Mongin, Jonathan Yasin dan Zuraida Kamaruddin.

Mereka diletakkan dalam blok (BERSATU) di parlimen dan menerima keputusan tersebut. Zuraida juga tidak menolak kemungkinan penubuhan sebuah parti baru selepas 3 tahun bagi memperkuatkan kedudukan mereka dalam kerajaan memandangkan tidak praktikal sebuah parti lain diwujudkan sebelum PRU15.

Persoalan yang tercetus mengapa di kalangan netizen dan pemerhati politik, Azmin berada paling hampir dengan Perdana Menteri dalam Parlimen sedangkan beliau hanyalah Ahli Parlimen Bebas dan TIDAK mewakili parti yang mempunyai jumlah kerusi yang besar? Kedudukan bersebelahan PM seringkali diiktiraf sebagai kedudukan TPM dan jawatan tersebut tiada dalam kabinet PN dan digantikan dengan jawatan Menteri Kanan. Adakah Azmin kini Menteri paling kanan kalangan Menteri Kanan yang dilantik? Apa pula kata BERSATU?

Adakah AP BERSATU lain setuju dengan kedudukan Azmin sekarang sedangkan AP BERSATU paling kanan hanyalah seorang SENATOR? Apa istimewa Azmin dalam PPBM? Beliau tidak melalui proses demokrasi iaitu pemilihan sah ahli PPBM, beliau masih belum sah sebagai ahli PPBM (Zuraida mengesahkan), beliau hanya bekas Timbalan Presiden PKR dan kini Ahli Parlimen Bebas (tanpa parti).

Bagaimana dengan mereka yang bertungkus lumus dalam pemilihan parti selain pengorbanan sebelum ini? Diketahui umum PPBM kini terbahagi 2 – satu kelompok pro Tun M ( BERSATU HITAM) dan satu kelompok pro Muhyiddin (BERSATU MERAH). Apa cara Presiden PPBM mengenalpasti siapa penyokong beliau dan siapa pula bakal merosakkan PPBM dari dalam? Azmin Ali sebelum ini dikenali sebagai ‘Anak Emas’ Mahathir dan kini bersama dalam PPBM.

Adakah ahli PPBM bersedia menerima bekas PKR masuk ke parti mereka dan dibentangkan karpet merah tanpa perlu bersusah payah? Bagaimana dengan jawatan jawatan tertinggi dalam PPBM? Sudah bersedia korbankan kepada bekas PKR? Ini satu peroslan menarik untuk penyokong dan ahli PPBM yang bertanding jawatan tertentu dalam pemilihan PPBM.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker