Kapal Tentera Indonesia Karam di perairan Jawa Timur

 

Tentera Laut Indonesia berkata dalam satu kenyataan pada Rabu, kapal itu karam disebabkan terdapat beberapa kebocoran pada kapal berkenaan.

“Gelombang ombak (di sekitar) lokasi pada ketinggian antara 2.5 dan empat meter ketika kejadian,” kata kenyataan itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua 55 anak kapal diselamatkan dua kapal awam yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian.

— BERNAMA

 

Leave a Reply