41 individu dipercayai terlibat dalam pelbagai jenayah di ibu kota ditahan

KUALA LUMPUR, 16 Julai — SeramaiΒ 41 individu yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes jenayah di sekitar ibu kota, ditahan dalam OpΒ Rentap yang dijalankan sejak 1 hingga 30 Jun lepas.

Kesemua suspek berusia lingkunganΒ 17 hingga 56 tahun, disyaki terlibat dalam kes ragut, pecah rumah sertaΒ curi dan daripada jumlah itu 12 orang disiasat mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

β€œOp Rentap tertumpu di kawasan panas kejadian ragut di daerah Dang Wangi, Brickfields, Cheras, Sentul dan Wangsa Maju. PolisΒ turutΒ menjalankan pemeriksaan terhadap individu dan motosikal yang mencurigakan, selainΒ melakukan rondaan di kawasan panas serta lokasi tumpuan peragut seperti premis pajak gadai dan hotel bajet”.

β€œSepanjang operasi dijalankan, sebanyak 440Β pemeriksaan individu dan 310Β pemeriksaan motosikal telah dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Mazlan berkata, tindakan POCA bukan sahaja dikenakan terhadap penjenayah yang melakukan ragut, malah turut dikenakan terhadap β€˜ulat’ atau pembeli barang-barang hasil ragut dan curi bagi memastikan keseluruhan kumpulan ini berjaya dilumpuhkan.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker