Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara

Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara

Sepasukan polis dari IPD Gombak telah menahan menteri besar Kedah, Sanusi Md Nor, di sebuah hotel di Mont Kiara pada pukul 3.00 pagi tadi.

Berikut adalah kronologi penahanan Sanusi:

17 Julai 2023 (11:40 malam)

Sanusi balik dari Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional



18 Julai 2023

  • 2:00 pagi

2 lelaki berpakaian hitam dan berselipar dilihat berlegar di pintu kecemasan di tingkat 33A hotel

  • 2:10 pagi

5 lelaki yang dipercayai anggota polis kelihatan di hadapan lif di tingkat 33A hotel

  • 2:30 pagi

Pintu bilik penginapan Sanusi diketuk dan 20 anggota polis kelihatan menunggu di luar bilik 33A

  • 3:00 pagi

Sanusi dibawa keluar dari bilik 33A dan dibawa turun ke bawah dan diarahkan menaiki kenderaan MPV untuk di bawa ke IPD Gombak.



Sanusi ditahan di bawah Seksyen 41(a) Akta Hasutan dan beliau dijangka akan dihadapkan ke mahkamah dalam waktu terdekat.

Dalam perkembangan yang sama, kelihatan sepasukan anggota FRU telah dikerahkan ke IPD Gombak untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Sanusi semalam, beliau mendakwa belum menerima sebarang notis pendakwaan.



Kenyataan yang dibuat oleh Sanusi itu sebagai respon yang mendakwa beliau akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Beliau dikatakan akan dihadapkan ke mahkamah berikutan ucapan beliau yang didakwa telah menghina institusi kesultanan Selangor.

Dengan penahanan Sanusi oleh pihak PDRM, maka kenyataan bahawa Sanusi akan didakwa di mahkamah adalah pasti.

Seperti kata pepatah, kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa!!!



 

Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button