MAHATHIR – “NAJIB, NAJIB, NAJIB, NAJIB, NAJIB, NAJIB, NAJIB”
MAHATHIR SALAHKAN NAJIB BILA LETAK JAWATAN
Sekali lagi bekas PM Ke-7 menyalahkan Bekas PM Ke-6 sebagai alasan beliau meletakkan jawatan pada Februari 2020. Tun Mahathir menulis demikian dalam entri terbaru blog beliau http://chedet.cc/?p=3131.
Mahathir cuba menggambarkan Muhyiddin mengkhianati beliau namun tetap berpegang pada asas utama penolakan untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri kerana akan bekerjasama dengan Najib dan Umno yang beliau dakwa telah kalahkan pada Pru14. Mahathir dalam keadaan mahu membersihkan namanya apabila mewatakkan dirinya tidak akan khianat kepada mandat rakyat yang diberikan kepada Pakatan Harapan namun semua orang tahu antara alasan terselindung ialah beliau tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM sepertimana dipersetujui semua sekutu PH sebelum ini.
Mahathir dalam pada itu kesal dengan pemecatan beliau daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan akan mencabar pemecatan tersebut di Mahkamah. Mana-mana parti politik menetapkan sekiranya ada ahli mereka membawa kes parti ke Mahkamah secara automatik keahlian akan terbatal, bagaimanapun tidak diketahui samada peraturan perlembagaan sebegitu terpakai dalam PPBM atau tidak.
MAHATHIR CUBA BERI TEKANAN KEPADA MUHYIDDIN MENJELANG USUL UNDI TIDAK PERCAYA
Cara Mahathir membersihkan imejnya dari spekulasi sebenar amat licik. Menyalahkan orang lain sambil berlalu dan ‘mencuci tangan’ merupakan kemahiran beliau yang sukar ditandingi. Mengapa Mahathir tidak berani menyanggah Anwar Ibrahim yang telah dinamakan PH sebagai calon PM Ke-9?
Segala tindak tanduk Mahathir melengah-lengahkan peralihan kuasa sebagaimana termaktub dalam perjanjian PH sebenarnya menjadi punca utama krisis berlaku. Jika tidak mengapa Mahathir mengambil langkah meletakkan jawatan sedangkan telah dinasihatkan oleh YDPA agar tidak bertindak demikian. Perkara tersebut telah didedahkan dalam parlimen tempohari ketika Mahathir bertikam lidah dengan Azeez Rahim dan Bung Moktar Radin.
Tindakan terdesak Mahathir menyalahkan Najib dilihat sebagai langkah terakhir melepaskan diri dari serangan PH setelah kini Mahathir menjadi Blok Bebas di Parlimen. Dipercayai juga tindakan ini bagi menyelamatkan pembongkaran banyak isu sepanjang beliau menjadi PM sejak Mei 2018, apatah lagi jika bekas bekas Menteri PH mula menuding kesalahan mereka merata-rata.