MAHATHIR vs MUHYIDDIN – ANWAR MENANG?

MAHATHIR ATAU ANWAR BAKAL PM KE-9?

 

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru sahaja menang jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal berdepan ujian besar didalam sidang Dewan Rakyat. Cabaran yang memerlukan perhatian khusus jika beliau serius untuk mempertahankan kedudukan Perikatan Nasional mentadbir Putrajaya akan diketahui selepas usul Tun Mahathir dibacakan didalam Dewan Rakyat.



Tun Mahathir akan mencadangkan satu usul menurut Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan mesyuarat 27(3) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat mengemukakan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassi  sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat.

Pada 13 Julai 2020, Muhyiddin selaku PM telah mencadangkan Speaker Dewan Rakyat ditukarkan dan cadangan tersebut memperolehi 111 sokongan daripada 222 Ahli Parlimen keseluruhan dengan 109 menentang, 1 berkecuali dan 1 tidak hadir. Majoriti 2 undi sokongan jelas menampakkan kelemahan Muhyiddin dalam mempengaruhi keputusan Ahli Parlimen dan ini membuka ruang untuk sebarang kemungkinan kehilangan sokongan sekiranya Usul Tun M diterima dan pengundian dilakukan.

Apa kebarangkalian yang boleh diterjemahkan sekiranya Muhyiddin kalah dalam undian Usul Tun Mahathir? Apakah Muhyiddin akan bertindak meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada Mahathir atau krisis perebutan jawatan antara Mahathir dan Anwar kembali mewarnai politik Malaysia?



Terlalu banyak polemik politik serta andaian dilontarkan mengenai isu berkaitan. Kedudukan Muhyiddin dalam sebuah parti yang masih dalam kategori ‘huru hara’ memberi kredit kepada pengkritik politik yang meramalkan Mahathir akan menarik keluar seberapa ramai penyokongnya dari PPBM. Kewujudan ‘BERSATU HITAM’ yang dilihat sebagai toksid kepada ‘BERSATU MERAH’ akan menjadi tanda aras sokongan kepada Muhyiddin selaku Presiden PPBM. Jangan dilupakan Mukhriz Mahathir juga ada kelompok penyokong tersendiri dan tidak mustahil gabungan Mahathir Mukhriz mampu melumpuhkan PPBM dalam masa terdekat.

BN dan PAS antara yang awal memberi sokongan kepada Muhyiddin sekiranya berlaku undi tidak percaya dalam dewan namun sokongan daripada PPBM sendiri belum lagi dapat dipastikan. Sokongan daripada kelompok bebas di bawah Azmin Ali (bekas PKR) juga belum dapat ditafsirkan samada mereka akan menyokong Muhyiddin atau tidak. Anwar Ibrahim selaku calon PM daripada Pakatan Harapan mungkin akan memberi satu impak sokongan berbelah bahagi terhadap usul tersebut. Perkara sebegini perlu diperhalusi PM sekiranya beliau mahu meneruskan tugas mentadbir Malaysia dan sebarang unsur pengaruh yang agak ‘berbahaya’ kepada kedudukannya perlu diketepikan.



Semua rakyat pasti akan menantikan usul ini dan dipercayai sebarang keputusan yang diperolehi akan mempengaruhi ekonomi Malaysia di masa akan datang. Para pelabur mahukan kerajaan yang stabil dan mampu menjamin kelestarian politik tanpa diganggu gugat sebarang isu besar yang mengancam pelaburan mereka. Jika Muhyiddin mahukan sebuah kerajaan yang kuat dan beroleh mandat penuh daripada rakyat amat wajar beliau pertimbangkan pembubaran parlimen dan PRU15 dijalankan ketika imej PN masih diterima baik rakyat. Populariti PH ketika ini agak teruk berikutan rakyat trauma dengan pemerintahan 22 bulan mereka sejak Mei 2018.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button