Amaran hujan berterusan di Sabah

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di beberapa kawasan sekitar Sabah, selama dua hari bermula esok.

Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata satu sistem cuaca tekanan rendah yang berada di selatan Filipina dijangka bergerak merentasi pantai timur Sabah ke Laut China Selatan.

“Keadaan ini akan menyebabkan penumpuan angin dan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Ranau), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan) serta Kudat (Kudat, Kota Marudu, Pitas),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berkata, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

“Talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker