Thailand lapor empat kes import baharu COVID -19

BANGKOK, 16 Julai — Thailand melaporkan empat kes import baharu COVID-19, meningkatkan jumlah kes di negara itu kepada 3,236, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Dr. Taweesin Wissanuyothin, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) berkata tiga lagi kes COVID-19 telah pulih, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 3,095 dan 83 pesakit dirawat di hospital.

Angka korban kekal 58.

Kes jangkitan baharu membabitkan seorang lelaki dan wanita, masing-masing kembali dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan di kuarantin di Chon Buri. Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala.



Kes lain melibatkan seorang pelajar, kembali dari Mesir dan merupakan kontak rapat dengan individu yang dijangkiti virus itu semasa berada di negara berkenaan.

Satu lagi kes, seorang wanita pulang dari Amerika Syarikat (AS) dan dikuarantin di Bangkok. Beliau mengalami demam, sakit kepala dan hilang deria bau selain berhubung rapat dengan pesakit COVID-19 di AS.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker