URUT BATIN MASIH WUJUD SEBALIK PUSAT REFLEKSOLOGI?

Hebahkan !!!

MARAH KERANA ‘TAK PUAS’, LELAKI BUAT LAPORAN POLIS

 

 

Seorang lelaki telah membuat laporan polis mendakwa beliau telah ditipu sebuah pusat urutan refleksologi. Beliau mendakwa perlu membayar sehingga RM100 untuk khidmat urutan selama 2 jam 30 minit sedangkan menurut lelaki tersebut bayaran sebenar hanyalah RM88. Laporan tersebut telah dilakukan pada 1/2/2018.

Lelaki berumur 63 tahun itu turut mengakui tukang urut yang diupah telah melakukan ‘urutan batin’ namun tiada sebarang klimaks yang beliau perolehi. Lelaki tersebut yang tidak berpuashati telah membuat satu laporan polis terhadap pusat urutan refleksologi yang beliau langgan.

Walau nampak melucukan, laporan lelaki ini perlu dipandang serius kewujudan pusat refleksologi yang menyediakan khidmat seks atas permintaan dan beeselindung disebalik nama pusat refleksologi. Bagaimana sebuah pusat refleksologi boleh beroperasi sebegitu bebas. Mungkin ketika ini pusat tersebut telah dibersihkan dari sebarang unsur perkhidmatan seks tetapi kemungkinan perkhidmatan sedemikian akan kembali beroperasi selepas tempoh PKPP tamat.

Sepanjang tempoh PKP dilaksanakan kerana pandemik covid19, semua pusat urutan refleksologi telah dihentikan operasi. Di negara jiran, covid19 telah mengakibatkan industri seks yang berselindung disebalik nama pusat urutan reflekaologi mengalami kerugian kerana tiada pelanggan dan pintu sempadan negara ditutup kepada pelancong luar. Tidak terkecuali di Malaysia, penutupan operasi banyak pusat urut (haram) menjejaskan punca pendapatan pekerja yang melakukan kerja sampingan (seks) selain operasi urut refleksologi (halal, berlesen).

Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bersedia menggempur pusat pusat refleksologi yang disyaki menjalankan operasi meragukan sebalik lesen urutan yang diluluskan. Covid19 masih belum berakhir dan perjuangan menghapuskan pandemik masih jauh dari sukses selagi tiada vaksin ditemukan jadi pihak pengusaha pusat refleksologi juga boleh memainkan peranan mereka mendidik masyarakat dengan kesedaran bahaya covid19.

Leave a Reply

%d bloggers like this: