BERSATU BLACKOUT – MAHATHIR AKUI NAJIB SEBAGAI BOSSKU, ADA KUASA PENGARUHI PPBM KELUAR PH

NAJIB INDIVIDU DIGERUNI MAHATHIR DAN MUKHRIZ

Program ‘BERSATU BLACKOUT’ mencipta sejarah baru apabila Tun M memanggil Dato Sri Najib Razak sebagai Bossku. Mengikut hitungan oleh audien yang mengikuti siaran langsung di facebook sekurang-kurangnya 15 kali Tun Mahathir menyebut nama Najib Razak dan sekali mengakui Najib sebagai Bossku.

MAHATHIR PANGGIL NAJIB #BOSSKU

Skrip ucapan yang boleh diramalkan daripada Mahathir, beliau tetap menyatakan segala masalah kejatuhan Pakatan Harapan sehingga keluarnya PPBM dari PH terletak ditangan Najib Razak. Begitu trauma Mahathir dengan anak Tun Razak sehinggakan semua keputusan dalam PPBM ditentukan Najib. Sepanjang ucapan Mahathir, tidak banyak perkara baru yang dikeluarkan malah ucapan beliau sekadar mengulangi perkara yang sudah diketahui ramai.

Sesekali Mahathir menyerang Presiden PPBM dengan dakwaan Muhyiddin menawarkan banyak perkara termasuk kedudukan dan wang sebagai imbalan sokongan terhadapnya dikekalkan. Ada juga persoalan mudah yang nampak seperti Tun M kantoi sendiri dengan ucapannya. Cubaan membela Lim Guan Eng dan DAP juga agak hambar tetapi paling menarik beliau tidak berani menyentuh perjanjian peralihan kuasa antara beliau dan Anwar sebagaimana dipersetujui dalam Pakatan Harapan.

Komen audien fb live

Secara keseluruhan program BERSATU BLACKOUT hanya mengiktiraf kemampuan politik Najib Razak. Terbukti kini Dato Sri Najib Razak adalah individu yang digeruni Mahathir dan BERSATU BLACKOUT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *