‘BERSATU HITAM’ DAN MUKHRIZ KUDAKAN MAHATHIR UNTUK KUASA?

Hebahkan !!!

MUKHRIZ TEGA GUNAKAN POPULARITI BAPA SEBAGAI BATU LONCATAN POLITIK

Menggelikan hati apabila satu perjumpaan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ‘Blackout’ bersama Tun Mahathir akan berlangsung di sebuah hotel ‘pindah milik’ di Alor Setar.

Baca – NAJIB DIGERUNI MAHATHIR DAN PAKATAN HARAPAN

 

Sebenarnya apa matlamat kelompok yang menggelarkan diri sebagai ‘BERSATU BLACKOUT’ bertemu Tun Mahathir sedangkan bekas Pengerusi PPBM itu telah dipecat dari parti itu. Bekas Timbalan Presiden PPBM, Dato Mukhriz Mahathir turut dilihat mempromosi perjumpaan tersebut namun sedarkah beliau kini bukan lagi ahli PPBM.

Kewujudan kelompok BERSATU HITAM ini juga agak pelik, selain tidak bersama Pakatan Harapan mereka juga hanya menyokong Mahathir sebagai Bakal PM Ke-9 jika usul undian tidak percaya Mahathir terhadap Muhyiddin berjaya dibuktikan dengan sokongan majoriti dalam parlimen. Lebih mengelirukan kewujudan mereka dalam PPBM juga diragukan seolah ada perancangan tertentu membiarkan penyokong ‘Hitam’ terus berlegar dalam parti. Mengapa Presiden tidak berani mengambil tindakan tegas membersihkan saki baki yang masih mengganggap Mahathir sebagai ‘Godfather’ BERSATU?

Baca – USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MUHYIDDIN

Dengan kenyataan Mahathir yang bersedia mewujudkan parti baru menghadapi PRU15, tidak mustahil beliau mampu menarik sokongan daripada sekutu Pakatan Harapan selain PKR. Tidak mustahil akan ada kalangan ahli parlimen dalam PH bersetuju agar Tun diberikan peluang sekali lagi memandangkan beliau berjaya mengemudi PH ketika PRU14 dan mendapat sokongan menerusi populariti dikalangan pengundi Melayu yang selama ini PH tidak dapat tembusi.

Baca – MAHATHIR RATIB NAMA NAJIB

Mahathir yang kini terpaksa menumpang nama Najib Razak untuk mencari publisiti dilihat semakin lemah di makan usia. Mengapa perlu diperkudakan lagi bagi mencari kuasa politik. Beliau sepatutnya memikirkan masa rehat bersama keluarga dan menikmati sisa sisa usia sementara ada nyawa. Beliau bukan sahaja ditunggang PH malah anaknya sendiri tergamak membiarkan bapanya dipergunakan pihak lain hanya untuk jawatan nombor 1 Putrajaya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: