DR NOOR HISHAM ABDULLAH DAN KKM DIIKTIRAF – AL JAZEERA WAJIB ‘TAUBAT’

#COVID19 – KKM DAN KPK TERIMA ANUGERAH



PUTRAJAYA, 17 Julai 2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dianugerahkan The BrandLaureate Award – Certificate of Recognition and Appreciation oleh The World Brands Foundation atas peranannya membendung dan mengekang penyebaran #COVID19.

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan turut menerima anugerah The BrandLaureate Awards – Outstanding BrandLeadership Award 2020 bagi mengiktiraf kepemimpinan beliau dan cabaran yang dilalui untuk mendorong rakyat mendepani #COVID19 melalui pelbagai inisiatif.

Kedua-dua anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Rainer Althoff, Pengerusi The BrandLaureate kepada YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan di Ibu Pejabat KKM hari ini.

Dr. Noor Hisham mengucapkan terima kasih di atas penghargaan tersebut.

“Kami tidak berada di sini kerana populariti tetapi apa yang lebih penting adalah untuk melindungi negara”, katanya yang mendedikasikan anugerah itu kepada seluruh petugas di barisan hadapan dan di belakang tabir.



KKM telah melakukan pelbagai usaha termasuk meneliti garis panduan, memberikan latihan kepada kakitangan, mengadakan kerjasama dengan kementerian lain serta merancang penggunaan fasiliti bagi menangani penularan #COVID19, katanya.

Menurutnya, walaupun sekarang negara memperoleh satu digit kes baharu harian tetapi masih ada sebilangan kes kluster yang telah dikenalpasti. KKM masih terus menjalankan kerja mengenal pasti, mengesan dan membendung jangkitan #COVID19 sebelum merebak.

Dr Noor Hisham turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas kesabaran dan kerjasama yang telah berikan kepada barisan hadapan dan pihak berkuasa sepanjang masa yang mencabar ini.

Perang masih belum dimenangi. Orang ramai digesa untuk mematuhi SOP.

“Kita jaga kita, Kita jaga keluarga kita, Kita jaga komuniti kita, Kita jaga negara kita”.

#KitaPastiMenang
#KitaJagaKita

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker