Anggota MCA tidak boleh terima lantikan JKKK tanpa kelulusan parti

Datuk Hon Choon Kim

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Mana-mana ahli MCA yang menerima pelantikan sebagai Ketua Kampung Persekutuan, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Pegawai Pembangunan Kampung Baru tanpa kelulusan parti, dianggap melanggar disiplin parti.

Pengerusi Lembaga Disiplin parti Datuk Hon Choon Kim berkata menjaga pembangunan dan keselamatan Kampung Baru merupakan visi politik MCA dan parti bertanggungjawab mengemukakan calon yang paling sesuai memimpin JKKK.

Justeru itu, tegasnya, mereka yang berminat untuk menaburkan bakti hendaklah dicadangkan oleh MCA Bahagian.

“Lembaga Disiplin setelah menerima aduan secara bertulis akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin bagi mengkaji serta menyiasat di bawah Artikel 124 Perlembagaan Parti,” katanya.

Rumusan dan cadangan mesyuarat akan dikemukakan kepada Majlis Presiden atau Jawatankuasa Pusat MCA bagi keputusan akhir berhubung pelantikan itu, katanya.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker