Apa Sumbangan Kita… Sebelum Tanya Apa Parti Boleh Berikan – Mahasiswa UMNO

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Pengerusi Kelab Mahasiswa UMNO UPSI, Muhammad Zafir Mohd Saman berkata beliau sentiasa dihujani dengan persoalan apa faedah sekiranya menjadi ahli UMNO.

Katanya, perkara utama yang perlu ditekankan adalah bertanya pada diri apakah sumbangan yang mampu diberikan kepada parti keramat itu.

“Bila kita masuk UMNO, secara tidak langsung sebenarnya kita dah membuka mata hati kita sendiri tentang apa itu UMNO sebenarnya. Apa yang dimaksudkan dengan kemanisan dalam perjuangan.

“Bukan semua masuk UMNO semata-mata kerana kuasa, harta, wang ringgit. Ramai sebenarnya yang masuk UMNO kerana perjuangan, prinsip dan jati diri.



“Dengan masuk UMNO juga, kita akan lebih mengenali masyarakat. Kita akan jadi lebih dekat dengan masyarakat. Kita bantu mereka yang dalam kesusahan. Kita permudahkan urusan mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu catatan di Facebook.

Tambahnya lagi, mereka yang masuk UMNO sanggup turun membantu dalam apa jua keadaan.

“Ada yang sanggup datang walaupun ada tugas hakiki, ada yang korbankan cuti, ada yang korbankan wang.

“Semuanya kerana ingin berkhidmat dan terus menjaga parti keramat tinggalan nenek moyang kita ini,” ujarnya.



Jelasnya lagi, di kala ada orang muda mula meragui parti itu, beliau tetap bersama UMNO.

“Kerana parti ini telah banyak menolong aku, keluarga aku, masyarakat di sekeliling aku, negara aku.

“Takkan pernah sesekali aku meninggalkan parti ini hanya kerana ada segelintir yang membuat masalah. Masalah itu hanya perlu diperbaiki,” katanya.

Seterusnya ulasnya lagi, UMNO sebagai wadah perjuangan yang sentiasa relevan kerana dasarnya bertepatan dengan perlembagaan negara. – UMNO ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker