Guru dilaporkan hilang di kawasan pusat rekreasi Sedim

Guru dilaporkan hilang di kawasan pusat rekreasi Sedim

Guru dilaporkan hilang di kawasan pusat rekreasi Sedim
Anggota bomba melakukan pencarian seorang guru yang dilaporkan hilang di kawasan hutan pusat rekreasi Sedim, Kulim. NSTP/Ihsan Bomba

KULIM: Seorang guru lelaki berusia 38 tahun dipercayai hilang di kawasan hutan di Pusat Rekreasi Sedim, di sini, semalam.

Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Rahimi Ali, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari mangsa, Mohd Hafiz Jasmi, sedang dilakukan di kawasan terbabit.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada jam 4.25 petang semalam dan sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech dan Pasukan Must Team seramai lima orang dan unit anjing pengesan (K-9) serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) tiba di lokasi, tidak lama kemudian.



“Usaha mencari mangsa yang dilakukan sejak semalam disambung jam 8 pagi hari ini.

“Setakat ini petunjuk yang ditemui di lokasi adalah sebuah kereta Proton Saga yang dipercayai ditinggalkan di kawasan itu.

“Operasi SAR pagi tadi dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon pertama dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) menuju ke Puncak Gunung Bintang sejauh enam kilometer (km) manakala Zon 2 dari PKB ke kawasan bahagian bawah (2 km),” katanya di sini hari ini.

Mohd Rahimi berkata, pencarian di zon tiga pula dilakukan dari PKB melalui laluan trek (2 km) dan operasi diteruskan sehingga mangsa ditemui.



Beliau berkata, operasi SAR turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan renjer hutan.

“Operasi hari ini ditangguhkan jam 5.30 petang tadi berikutan hujan lebat di kawasan itu dan akan disambung semula jam 8 pagi esok,” katanya,

Guru dilaporkan hilang di kawasan pusat rekreasi Sedim

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker