Pakai pelitup muka dengan betul – Dr Noor Hisham

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup muka dengan cara yang betul.

“Pakai dengan betul pelitup muka anda atau alihkannya terus,” katanya dalam satu catatan di laman sosial Facebook rasminya , hari ini.

Turut disertakan dalam catatan itu grafik cara yang salah memakai pelitup muka.

Arahan dalam grafik itu memberi amaran supaya tidak meletakkan pelitup muka di bahagian dagu kerana tindakan itu boleh menyebabkannya tercemar.

Tindakan itu boleh menyebabkan mulut dan hidung terkena jangkitan bakteria, virus dan kuman.

Arahan itu turut menyatakan pelitup muka perlu dibuka sepenuhnya ketika makan, minum dan melakukan aktiviti yang berkaitan di bahagian muka.

Hantaran itu mendapat maklum balas ramai yang rata-ratanya mengucapkan terima kasih atas nasihat berkenaan.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker