Polis tahan tiga sekeluarga dipercayai terlibat sindiket dadah
CHUKAI, 20 Julai — Polis berjaya menumpaskan satu sindiket dadah yang terdiri daripada tiga sekeluarga dan merampas pelbagai jenis dadah, wang tunai serta kenderaan yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM1.5 juta dalam serbuan di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik berkata dalam serbuan yang dilakukan oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada 1.45 pagi di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang di sini, seramai enam sekeluarga yang terdiri daripada ketua keluarga berumur 52 tahun, isterinya (47 tahun), seorang anak lelaki (22 tahun) dan tiga anak perempuan mereka (9 hingga 17 tahun) telah ditahan.